Pengurusan, pelajar Kolej Universiti Widad lawat Utusan


KUALA LUMPUR 2 Nov. - Pihak pengurusan bersama lebih 40 pelajar Universiti Kolej Widad hari ini telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Kumpulan Utusan di sini hari.

Lawatan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Widad, Datuk Mohd. Rizal Mohd. Jaafar tersebut diadakan bagi merapatkan hubungan antara kedua-dua organisasi berkenaan.

Manyambut rombongan berkenaan bagi pihak Utusan ialah Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Nordin Abbas dan pimpinan kanan syarikat.

Satu sesi perbincangan santai mengenai peluang kerjasama antara kedua-dua organisasi di masa hadapan sebelum para tetamu berkenaan di bawa untuk melawat ruang operasi Utusan dan Kosmo.

Mobile Menu Links